mm.. ari ney belajar ttg alat-alat dan komponen yang terdapat pada sebuah komputer..
dalam cpu.. or macam lagi...
susah gak kali pertama nak belajar tapi dah tahu boleh la.. tak lah susah sgt...
kadang kena tahu gak apa yg ada dalam cpu... agar dapat tahu apa yang ada.. at least senang klu org tanya boleh la jawab..

dah siap..

ari ney baru siap buat kerja yg diarah kan.. ttg pawer point..
nasib baik leh wat.. lagi pun skrg ini bab bagunan masih belum siap lagi.. maybe lagi 2 minggu kot baru siap..

ari ney asal nya tak keja tapi kena kerja co'z ada penghantaran barang untuk kegunaan ppik..
sewaktu catanan ini ditulis, komputer serta laptop dah sampai dah..
skrg baru sampai peralatan meja pc dan kerusi untuk kegunaan bilik PPIK yang belum siap..
apa pun persiapan untuk bagunan masih dalam proses ubah suai so, barang yang sampai kena simpan kat perpustakaan desa (tumpang kejap jer... )


Membentuk Komuniti Berpengetahuan

sejarah perkembangan USP..
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK9 ) kerajan telah meluluskan RM150 juta untuk membangunkan projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat ( USP ) sehingga tahun 2010. Projek ini akan memberikan penekanan kepada modal insan di samping kemudahan2 infrastruktur.

sebanyak 250 lokasi sedang dibangunkan bagi meningkatkan pembangunan modal insan di serata negara sementara 500 lokasi lagi untuk laman web komuniti dan pembangunan kandungan digital tempatan. ini membolehkan 750 lokasi mempunyai laman web komuniti dan kandungan digital tempatan sendiri pada tahun ini.

Menerusi pelaksanan projek USP Fasa 1- 4 sebanyak 1089 lokasi di luar bandar merangkumi sekolah, perpustakaan desa dan klinik desa telah dilengkapi dengan kemudahan komputer dan talian internet secara percuma.

PUSAT PERKHIDMATAN & ILMU KOMUNITI ( PPIK )

bagi projek USP Fasa 5 pula, pusat perkhidmatan dan Ilmu komuniti ( PPIK ) sedang dibangunkan di 250 buah lokasi dan dianggarkan seramai 1.7 juta orang akan mendapat manfaat daripada program ini.
Pembangunan PPIK adalah kesinabungan daripada usaha menaik taraf fungsi Pusat Internat Desa ( PID ) yang diperkenalkan sebelum ini oleh Kementerian Tenaga,Air dan Komunikasi.

tujuan utama program PPIK adalah untuk merapatkan jurang digital dan minda yang wujud di kalangan komuniti luar bandar di samping membentuk masyarakat yang berpengetahuan ,atau dikenali sebagai K-komuniti.

blog ini di buat pada hari sabtu bersamaan 1 november 2008,


semasa blog ini di buat Pusat Perkhidmatan & Ilmu Komuniti ( PPIK ) Lembah Keriang sedang dalam pembinaan serta proses penghantaran barang..


PPIK ini di wujudkan seluruh Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan serta membantu masyarakat setempat mendalami ilmu IT serta mempelajarinya..

Catatan Terbaru Laman utama