KETENGAH di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah (KKLW) memberi perhatian khusus dalam menangani jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar menerusi penubuhan pusat e-Komuniti pertama dalam wilayah KETENGAH yang dikenali sebagai pusat IT Masyarakat atau IT-Mas.

Pusat ini dirasmikan pada 17 November 1998 oleh bekas Menteri Besar Terengganu,Dato'Seri Wan Mokhtar Ahmad terletak di BALORA,Al Mukatfi Billah shah (AMBS).Pusat it-Mas ketika itu mempunyai tiga komponen iaitu bilik latihan mempunyai 15 unit komputer,bilik maklumat dengan 10 unit komputer serta bilik penyelenggaraan.

Pada 2006,KETENGAH telah membina bangunan baru untuk IT-Mas di tapak di hadapan Masjid Bandar AMBS dan siap pada 2007.Bangunan dua tingkat ini di lengkapi 25 unit komputer untuk tujuan Hub Usahawan IT dan LKK,15 unit komputer dan bilik Maklumat menempatkan 24 unit komputer untuk sewaguna Komputer Harian dan Akses Internet,pencarian maklumat serta Email.

Pada Tahun 2007 ,KKLW telah menaik taraf 28 buah pusat e-Komuniti dalam wilayah KETENGAH sebagai MID Mukim termasuklah MID Bandar AMBS.MID telah dirasmikan oleh Menteri KKLW pada 5 ogos 2008

INFO PPIK

  • Untuk merapatkan jurang digital dan minda yang wujud di kalangan luar bandar.
  • Ppik bertindak sebagai pusat sehenti dalam bidang ICT bagi meningkatkan mutu hidup masyarakat luar bandar.
  • Ppik adalah pusat telecenter bagi perkembangan ekonomi agar kehidupan ekonomi penduduk luar bandar meningkat.
  • Sebagai pusat penyebaran maklumat,kesedaran terhadap perkembangan ICT dan teknologi.
  • Ppik turut menyediakan wi-fi@wireless secara percuma.

INFO (PPIK)

Zaman sains dan teknologi,zaman pesatnya kemajuan teknologi maklumat dan sains komputer,akhir-akhir ini telah membentuk satu budaya baru iaitu"BUDAHA INTERNET".Remaja adalah golongan yang cukup sensitif dengan perkara yang baru-baru dan mudah terperangkap dalam lingkungan yang bernilai negatif serta kurang mem beri kebaikan dari segi jangka panjang untuk diri,peribadi dan masa depan yang terbaik.

kerana itu golongan remaja harus memanfaatkan ilmu atau maklumat yang disalurkan melalui internet.Malah kita sewajarnya memiliki daya tapis dan seiring antara maklumat yang berguna,baik dan boleh membina nilai-nilai positif demi sebuah kehidupan yang bahagia,sejahtera dan selamat di dunia dan akhirat.

Manakala maklumat yang bersifat negatif dan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada diri remaja dan rakan,ketegasan diri dan sikap kita perlu diperkatakan supaya nilai-nilai negatif yang terdapat dalam internet tidak menyubur dalam pemikiran dan pembawaan remaja.Seumpama kita melihat peraturan,hukum atau etika yang dikenakan dalam perkara yang menyangkut kehidupan seharian,seperti kawasan larangan merokok,bagi orang yang mahu dan sensitif dengan peraturan dia tidak akan merokok di kawasan larangan itu,bukan sekadar takut kena denda ,tetapi dijiwanya terasuh suatu sikap dan peribadi hormat kepada hukum dan terasa dirinya mempunyai tanggungjawab bersama mendaulatkan peraturan yang bermanfaat kepada diri dan masyarakatnya...........

gambar ppik


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama