Zaman sains dan teknologi,zaman pesatnya kemajuan teknologi maklumat dan sains komputer,akhir-akhir ini telah membentuk satu budaya baru iaitu"BUDAHA INTERNET".Remaja adalah golongan yang cukup sensitif dengan perkara yang baru-baru dan mudah terperangkap dalam lingkungan yang bernilai negatif serta kurang mem beri kebaikan dari segi jangka panjang untuk diri,peribadi dan masa depan yang terbaik.

kerana itu golongan remaja harus memanfaatkan ilmu atau maklumat yang disalurkan melalui internet.Malah kita sewajarnya memiliki daya tapis dan seiring antara maklumat yang berguna,baik dan boleh membina nilai-nilai positif demi sebuah kehidupan yang bahagia,sejahtera dan selamat di dunia dan akhirat.

Manakala maklumat yang bersifat negatif dan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada diri remaja dan rakan,ketegasan diri dan sikap kita perlu diperkatakan supaya nilai-nilai negatif yang terdapat dalam internet tidak menyubur dalam pemikiran dan pembawaan remaja.Seumpama kita melihat peraturan,hukum atau etika yang dikenakan dalam perkara yang menyangkut kehidupan seharian,seperti kawasan larangan merokok,bagi orang yang mahu dan sensitif dengan peraturan dia tidak akan merokok di kawasan larangan itu,bukan sekadar takut kena denda ,tetapi dijiwanya terasuh suatu sikap dan peribadi hormat kepada hukum dan terasa dirinya mempunyai tanggungjawab bersama mendaulatkan peraturan yang bermanfaat kepada diri dan masyarakatnya...........

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman Utama