Program PPIK

Membentuk Komuniti Berpengetahuan

sejarah perkembangan USP..
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK9 ) kerajan telah meluluskan RM150 juta untuk membangunkan projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat ( USP ) sehingga tahun 2010. Projek ini akan memberikan penekanan kepada modal insan di samping kemudahan2 infrastruktur.

sebanyak 250 lokasi sedang dibangunkan bagi meningkatkan pembangunan modal insan di serata negara sementara 500 lokasi lagi untuk laman web komuniti dan pembangunan kandungan digital tempatan. ini membolehkan 750 lokasi mempunyai laman web komuniti dan kandungan digital tempatan sendiri pada tahun ini.

Menerusi pelaksanan projek USP Fasa 1- 4 sebanyak 1089 lokasi di luar bandar merangkumi sekolah, perpustakaan desa dan klinik desa telah dilengkapi dengan kemudahan komputer dan talian internet secara percuma.

PUSAT PERKHIDMATAN & ILMU KOMUNITI ( PPIK )

bagi projek USP Fasa 5 pula, pusat perkhidmatan dan Ilmu komuniti ( PPIK ) sedang dibangunkan di 250 buah lokasi dan dianggarkan seramai 1.7 juta orang akan mendapat manfaat daripada program ini.
Pembangunan PPIK adalah kesinabungan daripada usaha menaik taraf fungsi Pusat Internat Desa ( PID ) yang diperkenalkan sebelum ini oleh Kementerian Tenaga,Air dan Komunikasi.

tujuan utama program PPIK adalah untuk merapatkan jurang digital dan minda yang wujud di kalangan komuniti luar bandar di samping membentuk masyarakat yang berpengetahuan ,atau dikenali sebagai K-komuniti.

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama