KETENGAH di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah (KKLW) memberi perhatian khusus dalam menangani jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar menerusi penubuhan pusat e-Komuniti pertama dalam wilayah KETENGAH yang dikenali sebagai pusat IT Masyarakat atau IT-Mas.

Pusat ini dirasmikan pada 17 November 1998 oleh bekas Menteri Besar Terengganu,Dato'Seri Wan Mokhtar Ahmad terletak di BALORA,Al Mukatfi Billah shah (AMBS).Pusat it-Mas ketika itu mempunyai tiga komponen iaitu bilik latihan mempunyai 15 unit komputer,bilik maklumat dengan 10 unit komputer serta bilik penyelenggaraan.

Pada 2006,KETENGAH telah membina bangunan baru untuk IT-Mas di tapak di hadapan Masjid Bandar AMBS dan siap pada 2007.Bangunan dua tingkat ini di lengkapi 25 unit komputer untuk tujuan Hub Usahawan IT dan LKK,15 unit komputer dan bilik Maklumat menempatkan 24 unit komputer untuk sewaguna Komputer Harian dan Akses Internet,pencarian maklumat serta Email.

Pada Tahun 2007 ,KKLW telah menaik taraf 28 buah pusat e-Komuniti dalam wilayah KETENGAH sebagai MID Mukim termasuklah MID Bandar AMBS.MID telah dirasmikan oleh Menteri KKLW pada 5 ogos 2008

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Lama Laman utama